Great life starting from great BIG smile...

be positive.... manusia biasa tak pernah lekang dari kesalahan... mulakan hidup dengan sesuatu yang bermakna.. Dunia merupakan pentas cereka, hanya kita mampu menghidupkan watak seiring dengan cerita... so, enjoy your life!!.. tapi ingat, hidup sebagai muslim ada batasnya, batas-batas yang mengajar sejuta pengertian sebagai manusia sempurna... ^_*

Saturday, February 18, 2012

Perjalanan hidup masih jauh...


MIRI, SUBIS..P2 tempat ku tuju seterusnya untuk membina anak bangsa..

 Walaupun dalam hati kecilku ada terdetik seketika suatu perasaan yang sukarku gambarku, ku gagahkan jua jiwa ini melayari bahtera kehidupan....

 Sungguh, Betul, itu yang sedang bermain difikiran... berat tugasku galas.. Masyarakat memandang tinggi segulung ijazah yang diperolehi ini.. Namun, ia tidak sehebat itu.. aku harus kaut segala pengalaman, itu yang mengajar driku... Aku pasti, pengalalam lebih bermakna dari ilmu yang belum pernah di aplikasikan sepenuhnya... Ilmu membimbing,memberi panduan untuk memberi lorong kepada pengalaman supaya lebih kemas dan teratur... 

Apa yang aku impikan, prasekolah yang mempunyai pembharuan dan penambahan dari segi akademik dan keindahannya... Pernah dalam fikiranku, mahukan pasekolah seperti bilik pengantin yang di hias indah.. Namun, ada mslh di sepanjang proses ini.. Aku harus kuat melayari bahtera ini.. Usahakan yang terbaik buat mereka....

Aku mahu mereka punya dunia warna-warni bak pelangi..
Aku mahu mereka punya dunia seperti kanak-kanak di luar sana..
Aku mahu mereka punya guru yang sentiasa cekal berusaha buat mereka..
Aku mahu mereka punya masa depan yang cemerlang..
Aku mahu anak bangsa ini terus berjaya...

Ya Allah, bantulah aku membina ank bangsa ini, sesuaikanlah hidupku dengan persekitaran ini, berilah ku peluang untuk aku membina jalan dan memperoleh hidayah bersama anak-anak ini...